Anda risau peperiksaan semakin hampir tetapi masih berada di hadapan skrin komputer melayari internet. Jumlah masa semakin suntuk untuk mengulang kaji pelajaran namun anda belum menyentuh buku yang masih rapi tersimpan di atas rak. Jangan risau, di sini ada tips-tips belajar sehari sebelum peperiksaan yang sangat berkesan.
2.Senaraikan topik-topik yang akan disoal. Hal ini sangat penting untuk memastikan anda tidak membuang masa mengulang kaji topik yang salah.
3.Kategorikan topik-topik ini berdasarkan tahap kefahaman anda.
"Adik perempuan admin sebelum peperiksaan SPM 2015" |
Tips-Tips Belajar Sehari Sebelum Peperiksaan.
1.Bertenang. Apa yang terbaik anda lakukan adalah bertenang dan cuba untuk tidak panik. Keadaan yang panik tidak akan membantu anda untuk mula belajar dan memanfaatkan masa yang ada.
2.Senaraikan topik-topik yang akan disoal. Hal ini sangat penting untuk memastikan anda tidak membuang masa mengulang kaji topik yang salah.
3.Kategorikan topik-topik ini berdasarkan tahap kefahaman anda.
Contohnya, terdapat 5 topik yang perlu dibaca.
Kategori A: Topik 1,2,= Sangat Faham,
Kategori A: Topik 1,2,= Sangat Faham,
Kategori B: Topik 3=Faham
Kategori C: Topik 4,5=Kurang Faham.
Mula membaca topik dalam Kategori C. Tetapkan masa (cth: 30 min) untuk setiap topik. Harus diingat masa yang ada untuk mengulang kaji sangatlah suntuk. Jangan membaca keseluruhan topik. Tetapi fahamilah konsep dan isi yang paling UTAMA sahaja. Sedarlah kita belajar sekadar untuk lulus dalam kesempitan waktu ini. Teruskan membaca kategori yang lain selepas itu pula.
4. Analisis soalan-soalan popular. Pastikan anda sempat melihat soalan-soalan popular sesuatu topik. Kadang-kala soalan mungkin berulang. Adalah lebih efektif sekiranya ada rakan yang boleh diajak untuk bersoal jawab.
5. Tidur awal. Rehat yang mencukupi merupakan keperluan setiap pelajar. Adalah lebih baik untuk tidur daripada bersengkang mata belajar hingga keesokan paginya. Menurut kajian, otak kita memerlukan rehat yang cukup untuk menyimpan maklumat dan berfungsi secara optimum!
Tambahan...
6. Mengambil makanan yang seimbang sebelum ke dewan peperiksaan. Tubuh badan kita memerlukan tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Contoh makanan yang baik untuk diambil sebelum peperiksaan adalah roti. Janganlah pula anda memakan mee kari sebagai sarapan. Silap haribulan perut mungkin berangin dan mengakibatkan diri anda ingin ke tandas disaat menjawab peperiksaan.
7. Akhir sekali, sentiasa tenang ketika menjawab soalan peperiksaan. Hindarkan diri anda bersama dengan kawan yang panik dan mengelabah sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan! Anda mungkin 'terjangkit' dengan keadaan
itu sehingga menganggu prestasi anda. Jawablah kertas soalan dengan keyakinan yang tinggi. Usah menjawab sambil berfikir mengenai kegagalan. Fikirlah kejayaan yang akan hadir dan berazam untuk belajar lebih awal untuk peperiksaan akan datang!
Semoga artikel tips-tips belajar sehari sebelum peperiksaan ini berkesan dan bermanfaat untuk anda semua. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel ini.
Comments
Post a Comment