Isteri yang merajuk kadang-kala sukar untuk ditangani oleh sang suami. Selain di pengaruhi faktor perubahan hormon dalam badan si isteri, terdapat pelbagai lagi sebab lain yang membuatkan isteri merajuk.
Sebagai seorang suami yang penyayang, anda sudah tentu tidak ingin membiarkan isteri ada terus merajuk bukan? Sudah tentu isteri yang merajuk tidak akan melayan anda dan membiarkan sahaja anda 'survive' sendiri mengurus hal- hal rumah.
Apakah cara untuk memujuk isteri yang merajuk?
Cara Untuk Memujuk Isteri Merajuk
1. Bertenang
Sebagai seorang suami, perkara yang paling baik untuk anda lakukan adalah bertenang. Tidak perlu untuk menambah kemarahan isteri anda.2. Menjadi pendengar yang setia
Ketika isteri sedang marah boleh jadi dia menjadi seorang yang diam atau ada juga jenis yang banyak bercakap meluahkan perasan tidak puas hatinya. Dengarkan sahaja apa yang dikatakan oleh isteri anda. Sekali-sekala angguk dan bersetuju dengan apa yang dia katakan. Kaum wanita memiliki cara yang berbeza dalam menyelesaikan masalah. Mereka lebih suka untuk meluahkan perasaan mereka agar mereka menjadi lebih tenang. Apabila isteri anda sedang bercakap jangan pula anda menyampuk dan menyampaikan pendapat anda. Itu kesilapan besar kebanyakan suami.3. Fahami kehendak isteri
Berterus-terang merupakan polisi terbaik yang anda boleh lakukan. Tanya isteri anda sebab dia merajuk dan marah. Kebiasaannya, isteri merajuk kerana anda tidak menghormati atau mendengar pendapat yang diberikan olehnya. Sebagai contoh, anda merancang untuk balik ke kampung halaman hujung minggu ini. Namun isteri anda mengatakan bahawa dia agak letih dan ingin berehat sahaja hujung minggu tersebut. Cadangannya pula agar menangguhkan rancangan balik kampung itu ditolak bulat-bulat oleh anda. Sudah tentu isteri anda akan berkecil hati dan merajuk!Strategi yang boleh anda lakukan ketika bertanya kepada isteri anda adalah memuji isteri sambil bertanyakan soalan. Contoh,
'Wahai isteriku yang cantik, mengapa sayang merajuk?'
Ucapan yang lemah lembut dan sedikit pujian mungkin akan meredakan kemarahannya. Boleh jadi si isteri akan terus gembira dan tenang dek kerana dipuji oleh anda.
.
4. Sedar akan kesilapan
Manusia mana yang tidak melakukan kesilapan? Jika isteri anda merajuk dan marah disebabkan perkara yang anda lakukan, segera meminta maaf kepadanya. Kadang-kala perkara-perkara kecil itulah yang menyebabkan meraka merajuk.Kepada para suami sekalian, timbulkan pertanyakan kepada diri sendiri.
'Ada janji yang tidak tertunai?'
'Tersalah beli bahan dapur?'
'Lupa tarikh lahir isteri?'
Sekiranya benar silap anda, maka jangan teragak-agak untuk memohon maaf dengan ikhlas.
5. Melakukan aktiviti yang disukai isteri
Jika isteri anda masih lagi merajuk, cuba buat aktiviti yang diminatinya. Sebagai contoh, ajak dia keluar shopping, makan di luar atau menonton program kesukaannya. Isteri yang merajuk ini kadang-kala inginkan perhatian yang lebih daripada si suami. Luangkan masa yang berkualiti dengan isteri anda.
Jika isteri anda ingin bersendirian, ambillah masa itu untuk menjadi suami yang ringan tulang. Selesaikan semua kerja-kerja rumah yang biasa dilakukan oleh isteri anda. Mungkin isteri anda merajuk kerana anda jarang-jarang menolongnya mengemas rumah.
6. Membeli makanan kegemaran isteri
Ketika kita stres dan marah, tubuh badan kita menghantar signal agar kita melakukan sesuatu yang memberikan kegembiraan. Salah satu cara adalah perasan lapar. Jika isteri anda merajuk, tidak salah untuk anda belikan makanan kegemarannya atau makanan yang sering disebut-sebut oleh isteri anda. Paling kerap adalah makanan yang agak manis seperti aiskrim dan coklat. Semoga makanan yang anda berikan mampu mengubah mood isteri tercinta anda.
Sebagai penutup, selamat maju jaya kepada kaum suami di luar sana. Semoga berjaya memujuk isteri tercinta anda!
Diharapkan agar cara untuk memujuk isteri merajuk di atas membantu dan berguna kepada anda semua.
Comments
Post a Comment