Berikut merupakan antara wasiat yang telah diberikan oleh Imam Bukhari.
1. "Seorang mukmin yang sejati memiliki keperibadian yang unggul. Dia dapat menghimpunkan dalam dirinya segala sifat-sifat kebaikan. Dia seorang yang berilmu, penyantun, penyabar, kuat, berani, pemurah, menjaga kehormatan diri, sanggup berjuang di jalan Allah."
2. "Tunjukkan dengan jelas bagaimanakah keluhuran akhlak boleh dilaksanakan di dalam dunia perniagaan sebagaimana akhlak Rasulullah dalam bernisnes yang berjaya membangunkan ekonomi ummah"
3. "Buah ibadah ialah akhlak, dengan syarat, rohani beribadah sama. Amalan lahir, kalau tidak rohnya, tidak akan membuahkan hasil."
4. "Tawakal adalah kunci syurga, oleh itu raihlah ia dengan istiqamah dna perjuangan yang tidak pernah tamat tempohnya"
5."Cinta dan kasih sayang yang diasaskan kerana Allah akan membuahkan keredhaan dan kasih sayang Allah kepada hambanya."
6."Marah adalah salah satu anak panah syaitan. Oleh itu hindarilah marah, kerana ia mendatangkan rahmat dan dicintai Allah."
7."Hati adalah pusat segala-galanya. Penuhilah ia dengan zikir dan mengingati Allah, nescaya ia akan memberi ketenangan dan kebahagiaan."
8."Akhlak yang baik adalah emas emas di hati orang-orang beriman. Ia penyeri kehidupan dan hiasan para Nabi dan Rasul. Oleh itu peliharalah akhlak yang baik sebagai bekal menghadap Allah."
9."Termasuk kebaikan dan amal soleh yang besar adalah meringankan bebanan orang yang berhutang dan menolongnya."
10."Senyum adalah sedekah yang paling mudah tetapi mempunyai timbangan yang berat, sehinggakan ianya menjadi salah satu sifat Rasulullah s.a.w."
Semoga koleksi kata-kta dan wasiat Imam Bukhari di atas bermanfaat untuk anda semua.
Sumber:
1. Abu Ahmad Yasin,2008. 30 Wasiat Imam Bukhari. Diterbitkan oleh Perniagaan Jahabersa.
Cetakan Pertama 2008. Johor Darul Takzim, Malaysia.
Comments
Post a Comment