Anda baru sahaja mendaftar sebagai pemandu UBER? Sebagai seorang pemandu yang pertama kali menjadi sebahagian daripada UBER anda tentu merasa sedikit cemas bukan?
'Apa kelengkapan yang aku kena ada ni?'
'Macam mana nak dapat rating yang bagus?'
'Mana tempat yang bagus untuk aku tunggu rider?'
Panduan Untuk Pemandu Uber Baharu.
1. Tahu selok-belok jalan bandar anda.
Seorang pemandu Uber yang berjaya perlu mengetahui selok-belok jalan di bandar dan kawasan tempat dia mencari penumpang. Walaupun aplikasi Uber Driver memiliki GPS tersendiri, anda boleh memilih untuk menggunakan aplikasi lain seperti Waze dan Google Maps mengikut kebiasaan anda. Jangan terlalu berharap kepada GPS kerana kadang-kala GPS juga boleh tersilap. Atau anda mungkin tidak seberapa mahir memahami arah yang ditunjukkan oleh GPS.Kebanyakkan masa, anda boleh bertanya kepada penumpang anda mengenai jalan ke tempat yang ingin ditujui. Jika tempat tersebut merupakan sebuah kawasan baru yang anda tidak pernah kunjungi, adalah lebih baik untuk berterus-terang dengan penumpang anda dan bertanya mengenai route yang terbaik untuk sampai ke destinasi. Hal ini boleh terjadi jika penumpang meminta anda untuk masuk ke kawasan kampung yang kadang-kala tidak mendapat signal GPS.
Sekiranya anda memiliki masa lapang, bergeraklah di sekitar bandar anda dan ingat kedudukan tempat-tempat tarikan pelancong, hotel dan pusat membeli belah.
2. Pastikan kereta bersih
Melalui pengalaman, penumpang sangat menghargai kereta yang bersih dan tidak berbau. Bersihkanlah kereta anda seminggu sekali, ia sudah memadai. Laburlah sedikit wang untuk mencantikkan kereta anda. Sudah pasti penumpang anda akan berasa selesa dan rating 5 bintang berada di dalam tangan anda.3. Belajar kemahiran asas mengenai kerosakan kereta
Perkara yang paling penting adalah kemahiran mengganti tayar yang pecah dan tiada angin. Maklumat kini berada di hujung jari. Anda boleh sahaja belajar secara online perkara-perkasa asas tersebut.Selain itu, anda juga perlu service kereta anda mengikut jadual yang ditetapkan. Simpan nombor kenalan anda yang mungkin berkerja sebagai mekanik atau penunda kereta. Malang tidak berbau, dan kita juga tidak mengetahui kemungkinan kereta kita rosak.
4.Pastikan bateri smartphone penuh
Smartphone yang anda gunakan tidak semestinya sangat canggih seperti Apple atau Samsung. Asal bergelar smartphone, aplikasi Uber Driver boleh digunakan.Sila bawa charger atau power bank sepanjang perjalanan anda. Jika mempunyai USB cable yang lebih, letakkan sahaja di dalam kereta anda. Boleh jadi, penumpang anda ingin mengecas telefon pintar mereka.
5. Pastikan ada bekalan duit pecah dan syiling
Sebagai seorang yang bisnes perkhidmatan, sudah tentu anda perlu memiliki duit pecah dan syiling.6. Bawa bekalan makanan dan air
Anda perlu kekal bertenaga dan sentiasa cergas. Jumlah masa yang agak panjang duduk di dalam kereta agak meletihkan. Dalam keadaan cuaca yang panas, anda perlu minum air yang cukup untuk mengelakan dehydration.Bawa bekalan makanan yang mudah seperti roti. Roti senang untuk dimakan dan sukar untuk basi. Hal ini sangat berguna jika anda tidak merancang untuk berhenti rehat. Anda boleh makan sedikit dalam perjalanan mengambil penumpang.
7. Pastikan kredit smartphone anda valid
Ini adalah satu kemestian. Anda kadang-kala perlu untuk menghubungi penumpang anda bagi mengetahui lokasi mereka dengan lebih tepat. Saya mencadangkan anda menggunakan pelan postpaid yang memberi pakej unlimited kepada panggilan telefon.
8. Sabar dan tabah melayan karenah penumpang
Manusia ada pelbagai ragam. Ada yang sopan dan ada yang agak biadap. Pernah terjadi kepada saya penumpang itu masuk dengan agak kasar bersama bagasinya. Penumpang itu meletakkan sahaja bagasinya di atas tempat duduk belakang walaupun bagasinya itu agak kotor dan berpasir. Setelah itu pula, penumpang duduk di tempat duduk hadapan lantas memusingkan suis kipas dan aircond ke tahap tertinggi tanpa meminta kebenaran saya terlebih dahulu. Hal ini agak menyakitkan hati saya.9. Lokasi yang sesuai untuk mula memandu
Dimanakah tempat yang paling sesuai untuk mula menunggu penumpang? Yang terbaik adalah dari rumah anda. Jika anda sudah bersiap dan tinggal masuk dan hidupkan kereta, tetapkan online kepada aplikasi Uber Driver dan tunggu penumpang dalam beberapa minit. Jika anda tinggal di kawasan perumahan yang sibuk, sudah pasti ada yang memerlukan khidmat Uber. Lokasi yang sesuai adalah berhampiran universiti, kolej, perumahan dan shopping mall.Selain itu, faktor masa juga memainkan peranan. Jika anda memulakan hari anda sebagai pemandu di waktu pagi, sudah tentu kawasan perumahan lebih banyak permintaan kerana kebanyakkan orang pada waktu itu ingin ke tempat kerja. Jika anda memilih untuk berkerja di waktu malam, kawasan-kawasan bandar berhampiran kelab malam pasti ada permintaan. Walaupun incentive yang diberikan oleh pihak Uber lebih lumayan, namun mengambil orang daripada kelab malam agak mencabar jika penumpang mabuk dan berkemungkinan muntah di dalam kereta anda.
Anda juga hendaklah peka dengan event yang mungkin sedang berlaku di kawasan anda. Jika hari ini terdapat konsert sebuah band yang terkenal, sudah tentu ramai anak muda akan datang ke konsert tersebut.
Semoga panduan untuk pemandu Uber baharu ini membantu dan berguna untuk anda.
Situs Judi Bola Online | VIVA99.COM
ReplyDeleteSitus judi bola online, bandar judi bola online seperti live casino, slot88, live casino winrate 89% ⚡️ Play Pragmatic Play games! youtube converter to mp3