Perkahwinan sewaktu masih belajar merupakan antara perkara yang agak hangat diperkatakan. Terdapat pelbagai kebaikan dan juga keburukan sekiranya anda berkahwin ketika masih lagi bergelar mahasiwa/wi.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya sendiri juga berkahwin ketika saya masih menuntut di universiti. Saya 'terjumpa' dengan isteri saya yang juga merupakan pelajar di universiti yang sama ketika kami masih tahun pertama kuliah. Alhamdulillah kami telah sah bergelar suami isteri sejak tahun 2014 lagi.
Dalam artikel ini, saya ingin berkongsi cabaran yang perlu dilalui sekiranya anda ingin berkahwin sewaktu masih belajar.
5 Cabaran Berkahwin Muda Sewaktu Masih Belajar.
1. Kebenaran Dan Restu Ibu Bapa.
Cabaran yang paling besar sebelum anda berkahwin adalah mendapat kebenaran dan restu ibu bapa. Walaupun anda sudah bersedia dan memiliki calon yang sesuai, tidak semestinya ibu bapa anda akan memberikan 'greenlight' dengan serta merta. Pelbagai soalan akan keluar dari fikiran mereka.'Ada duit tak?'
'Apa rancangan kalau dah kahwin?'
'Tak boleh tunggu lepas grad?'
Soalan-soalan seperti ini saya yakin akan disoal oleh mereka. Pastikan anda sudah bersedia dan mempunyai 'plan' sebelum berhajat untuk berkahwin lebih-lebih lagi jika anda adalah seorang lelaki. Jujur saya katakan perkara yang paling penting yang ingin ibu bapa lihat adalah kesungguhan anaknya itu.
2. Persepsi Negatif Orang Lain.
Cabaran kedua adalah persepti negatif orang lain terutama sekali daripada kaum keluarga sendiri. Suka atau tidak, pasti ada yang akan menyangkakan kita berkahwin awal kerana ingin menutup aib akibat keterlanjuran sedangkan berkahwin awal bagi yang berkemampuan itu merupakan saranan agama.Berkahwin dalam usia yang muda dan masih belajar ini ada kebaikan dan keburukanya. Endahkan sahaja sangkaan buruk orang lain.
3. Kewangan.
'Saya nak kahwin tapi duit tak cukup'Sekiranya anda ingin berkahwin, sudah tentu anda memerlukan dana untuk melaksanakan majlis perkahwinan anda. Walaupun majlis itu simple, wang tetap diperlukan. Mulalah menabung dan mencari sumber pencarian walaupun anda sedang belajar. Manfaatkanlah cuti semester anda untuk melakukan kerja-kerja sambilan.
Setelah bernikah pula, berkerjasamalah dengan pasangan anda untuk mencari pendapatan. Sekiranya anda berusaha pasti ada rezeki yang akan datang. Terdapat pelbagai idea perniagaan yang boleh dilakukan ketika anda belajar contohnya menjual makanan, pakaian, perkhidmatan seperti menggunting rambut dan sebagainya.
Yakinlah bahawa Allah akan memurahkan rezeki hambanya yang telah berkahwin.
4. Keputusan Akademik.
Setelah bergelar suami dan isteri, terdapat pelbagai tanggungjawab yang perlu dipikul. Pembahagian masa yang cemerlang sangat diperlukan untuk memastikan tanggungjawab berkeluarga dan belajar seimbang.Sibuk menyiapkan assigment? Fikirkan jika anda perlu menyiapkan assignment sambil menjalankan tanggungjawab sebagai suami atau isteri.
Memandangkan kita masih bergelar mahasiswa/wi, sudah tentu ibu bapa mengharapkan keputusan yang terbaik daripada kita. Jangan jadikan perkahwinana itu sebuah alasan sekiranya keputusan peperiksaan kita kurang baik. Saya juga sebenarnya percaya, kebanyakkan ibu bapa yang membenarkan anak mereka mendirikan rumah tangga sewaktu zaman belajar akan berasa kecewa dan sedih jika anak mereka gagal atau mendapat keputusan peperiksaan yang kurang baik.
5. Perancangan Keluarga.
Sebelum anda berkahwin lagi, anda dan pasangan hendaklah membincangkan hal ini dengan jelas. Beberapa persoalan perlu anda fikirkan. Sebagai contoh;
- Perlukah menangguh dahulu kelahiran cahaya mata?
- Adakah kehamilan akan mengganggu pembelajaran anda?
- Bersediakah anda untuk menanggung kos hidup anak anda kelak?
- Siapakah yang akan menjaga anak anda sekiranya anda sibuk ke kuliah?
Setiap pasangan memiliki situasi yang berbeza. Saya misalnya membuat keputusan untuk berkahwin ketika belajar kerana jadual kuliah univesiti di Mesir tidak sepadat jadual kuliah universiti di Malaysia. Kami juga dimurahkan rezeki mendapat anak sulung kami di tahun akhir pengajian kami di Mesir.
Kehadiran cahaya mata sememangnya akan menjadi cabaran yang sangat tinggi. Yalah, dengan pelbagai tugaasan dan aktiviti kuliah yang hendak dilakukan anda juga dalam masa yang sama perlu untuk menjaga anak.
Saya melihat sendiri kesusahan isteri saya belajar sambil menyusukan anak. Pernah sekali anak kecil kami masih aktif bermain di malam hari sedangkan esok merupakan hari peperiksaan. Namun syukur alhamdulillah, kami lulus dengan jayanya.
Kesimpulannya, pelbagai cabaran yang perlu dilalui dalam mengharungi bahtera rumahtangga.
Semoga tulisan ini dapat memberikan anda gambaran mengenai cabaran yang bakal dilalui oleh anda sekiranya anda berniat untuk berkahwin muda sewaktu masih belajar.
Kehadiran cahaya mata sememangnya akan menjadi cabaran yang sangat tinggi. Yalah, dengan pelbagai tugaasan dan aktiviti kuliah yang hendak dilakukan anda juga dalam masa yang sama perlu untuk menjaga anak.
Saya melihat sendiri kesusahan isteri saya belajar sambil menyusukan anak. Pernah sekali anak kecil kami masih aktif bermain di malam hari sedangkan esok merupakan hari peperiksaan. Namun syukur alhamdulillah, kami lulus dengan jayanya.
Kesimpulannya, pelbagai cabaran yang perlu dilalui dalam mengharungi bahtera rumahtangga.
Semoga tulisan ini dapat memberikan anda gambaran mengenai cabaran yang bakal dilalui oleh anda sekiranya anda berniat untuk berkahwin muda sewaktu masih belajar.
Comments
Post a Comment