Kebersihan merupakan sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan seseorang manusia. Sekiranya kita hidup dalam keadaan yang bersih, pelbagai penyakit boleh kita hindari.
Salah satu cara untuk mengelak diri kita daripada dijangkiti kuman adalah dengan mencuci tangan sebelum makan. Hal ini kerana, tangan kita sering terdedah kepada pelbagai jenis kotoran yang mampu memudaratkan kesihatan kita dan orang lain. Namun, kebanyakan kita sekadar 'membasahkan tangan' sebelum makan dan menganggap tangan kita sudah bersih.
Bagaimanakah cara-cara untuk mencuci tangan dengan betul?
Cara-Cara Untuk Mencuci Tangan Dengan Betul.
1. Basahkan tangan anda dengan air dan ambil sejumlah sabun di atas telapak tangan anda.
2. Gosok kedua-dua telapak tangan anda.
3. Gosok jari-jemari anda dengan rapi.
4. Jangan lupa untuk gosok bahagian belakang tangan anda.
5. Setelah itu, bersihkan pula kedua ibu jari tangan anda.
6. Bersihkan kuku anda dengan cara menggosok hujung cari anda dengan telapak tangan.
7. Basuh bahagian pergelangan tangan.
8. Keringkan tangan anda dengan menggunakan tuala yang bersih atau tisu.
9. Tutup pili air seboleh-bolehnya menggunakan siku anda.
Anda boleh rujuk gambar di bawah.
Sebagai penutup, marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan diri dengan mengamalkan cara mencuci tangan yang betul. Semoga artikel ini membantu anda.

Comments
Post a Comment