Tidak dapat dinafikan, tersedak susu sehingga menyebabkan kematian boleh terjadi kepada bayi yang masih kecil. Terdapat pelbagai sebab yang boleh menyumbang kepada perkara ini. Apa yang paling menyedihkan apabila perkara ini berlaku akibat daripada kecuaian ibu bapa sendiri yang tidak memerhatikan anak mereka ketika menyusu.
Apakah tip yang boleh diamalkan untuk elak bayi tersedak susu?
Apakah tip yang boleh diamalkan untuk elak bayi tersedak susu?
1. Pilih puting susu yang sesuai.
Pemilihan saiz puting botol yang sesuai sangat penting. Pastikan lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam mulut bayi anda. Selain itu saiz puting botol yang terlalu besar juga mungkin akan menyebabkan jumlah susu yang banyak masuk ke dala mulut bayi. Belilah puting botol mengikut usia bayi anda.2. Sendawakan bayi selepas menyusu.
Setelah kenyang menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluar angin bagi mengelakkan bayi anda muntah ketika tidur yang boleh mengakibatkan bayi tersedak dan sukar untuk bernafas.
3. Pastikan posisi bayi anda betul.
Perkara yang paling penting adalah untuk memastikan kepala bayi anda lebih tinggi daripada bahagian dada dan perut. Hal ini untuk memudahkan bayi anda bernafas dan menelan susu. Sekiranya anda menggunakan botol susu, kedudukan botol susu hendaklah 45 hingga 60 darjah.
4. Posisi menyusu badan yang betul.
Posisi terbaik adalah memangku bayi anda. Pastikan mulut bayi anda betul-betul mnghisap puting. Elakkan daripada meletakkan bayi anda di atas lantai atau tidur mengiring sekiranya bayi anda masih terlalu kecil.
5. Peka dengan keadaan bayi.
Sentiasa peka dengan keadaan bayi anda. Lihat expresi wajahnya. Sekiranya bayi anda kelihatan bernafas dengan laju atau batuk, hentikan penyusuan terlebih dahulu. Mungkin jumlah susu yang masuk ke dalam mulut bayi terlalu banyak dalam masa yang singkat.
Semoga 5 tip elak bayi tersedak susu di atas bermanfaat untuk anda semua.
Comments
Post a Comment