Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda tidak mampu untuk berucap dengan baik di atas pentas kerana perasaan gemuruh? Pernahkah juga anda tidak dapat menjawab soalan-soalan periksaan kerana berasa gugup yang mengakibatkan diri anda lupa akan apa yang telah dipelajari?
Jangan risau, di sini ada cara untuk menghilangkan perasaan gemuruh dalam kehidupan seharian anda.
CARA-CARA UNTUK MENGHILANGKAN GEMURUH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
1. BERLATIH
Practice makes perfect bukan?Jika anda bakal menyampaikan ucapan di dalam sesebuah majlis, buat latihan berkala menjelang majlis tersebut. Tidak kiralah anda berlatih seorang diri di hadapan cermin atau mungkin bersama-sama dengan rakan anda. Latihan yang berkali-kali pasti akan menambahkan keyakinan anda untuk berucap di atas pentas kelak.
Jika anda berpeluang untuk melawat tempat anda akan berucap, tidak salah untuk melakukan sedikit rehearsal untuk menyesuaikan diri anda di samping meningkatkan keyakinan diri.
2. PERNAFASAN YANG BETUL
Ketika perasaan gemuruh hadir, cuba bernafas sedalam-dalamnya dan hembus perlahan-lahan. Menurut kajian, dengan hanya fokus pada pernafasan yang dilakukan, tubuh badan kita akan menjadi lebih tenang. Satu bentuk 'relaxation response' hadir dalam tubuh badan kita yang mengurangkan kadar denyutan jantung, tekanan darah, kadar pernafasan dan meredakan kekejangan otot. (1)
3. ELAK KAFEIN
Kafein meningkatkan kadar denyutan jantung dan membuatkan anda lebih alert. Sumber kafein boleh didapati daripada kopi,teh,coklat atau minuman tenaga. Elak diri daripada mengambil minuman yang mengandungi kafein sebelum melakukan sesuatu yang memerlukan ketenangan diri yang tinggi.
4. TIDUR YANG CUKUP
Pastikan anda mendapat rehat yang cukup. Tanpa rehat, minda anda akan menjadi lebih serabut dan tidak dapat memproses maklumat dengan baik. Otak yang penat juga meningkatkan kadar stres di dalam diri anda.
5. DENGAR LAGU
Lagu-lagu musical sangat sesuai untuk menenangkan diri anda kerana ia bersifat lembut dan mempunyai irama yang menenangkan. Cuba tenangkan fikiran anda dan menghayati lagu-lagu tersebut. Nescaya, perasaan gemuruh anda akan berkurangan.
6. BERFIKIRAN POSITIF
Salah satu perkara yang mengakibatkan kita gemuruh sebelum melakukan sesuatu adalah memikirkan kegagalan yang mungkin akan terjadi. Tidak kiralah kita bakal berucap di khalayak ramai, hadir temuduga, majlis akad nikah dan sebagainya, pasti ada perasaan 'takut gagal' tersebut. Fikirlah secara positif dan katakan kepada diri anda 'Aku hebat, aku boleh!'
Semoga cara-cara untuk menghilangkan gemuruh dalam kehidupan seharian yang telah kami kongsikan di atas bermanfaat untuk anda semua. Selamat mencuba!
Sumber.
1.https://www.stress.org/take-a-deep-breath/
Comments
Post a Comment